Thursday, January 3, 2013

Menjadi Diriku

Cabaran demi cabaran yang mendatang mematangkan diriku secara sedar mahu pun tidak sedar,, bukan itu yang ku pinta, tapi itulah ketentuan Allah yang tidak ku duga sama sekali.. ia menjadi satu pembelajaran dan pengajaran buat diri ini.. kerana Allah S.W.T lebih mengetahui apa yang terbaik buat diriku berbanding diriku sendiri.. kadang kala apa yang ku rasakan itu yang terbaik, belum tentu itu baik untukku tetapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diriku.. sesekali terasa sayu, pilu dan sedih.. tapi itulah tabiat normal manusia biasa,, yang akan terduduk dan terhantuk apabila diuji.. tetapi mengapa aku perlu menyalahkan nasibku yang begini.. mengapa diriku tidak positif dalam menghadapi ujian ini.. mengapa dan kenapa terus bertanya di dalam diri ini.. akhirnya aku mendapat jawapan, kerana ku tahu Allah sebenarnya menguji hambaNya kerana Ia sayang dengan hambaNya.. ujian-ujian inilah yang akan mendekatkan lagi seseorang hamba dengan Penciptanya.. setiap perkara yang diuji adalah sebuah pengalaman hidup kepada kita untuk menjadi seorang khalifah yang lebih kuat dan kuat.. teruslah positif dalam menerima segala ujian dan jangan berputus asa dengan rahmat Allah.. sesungguhnya Allah sangat mencintai hambaNya yang bertakwa.. Allahuakbar!!! Allahuakhbar!!! Allahuakbar!!!


2 comments:

  1. muaz.. tahniah kerana berjaya sampai ke tahap ini.. alhamdulillah dengar khabarnya, dah nak bernikah.. dengan siapa?? jangan lupa jemput tau

    ReplyDelete
  2. calon pun tak jumpa lagi, mcm mana nak nikah.. hehe.. insyaAllah, coming soon.. tgh fokus untuk bina kerjaya.. sambil tu mncari sekali pasangan hidup.. hehe..

    ReplyDelete