Wednesday, July 16, 2014

BENTUK PENGAJARAN

Bentuk pengajaran yang boleh digunakan di dalam pembelajaran kepada kanak-kanak dibahagikan kepada 2 bentuk iaitu:

1) Bentuk deduktif

  • pengajaran di dalam jenis ini ialah guru memulakan sesuatu pengajaran dengan memberikan penerangan dahulu mengenai tajuk yang ingin diajar dan kemudian barulah diberikan contoh yang sesuai. Contoh situasi ialah guru ingin mengajar subjek sains kepada kanak-kanak mengenai buah. Guru menerangkan dahulu khasiat makan buah kepada kanak-kanak dan menyatakan bahawa buah mempunyai pelbagai jenis, warna dan rasa. Selepas itu, barulah guru bertanya contoh buah-buahan yang kanak-kanak tahu.
penerangan - contoh

2) Bentuk deduktif
  • pengajaran di dalam jenis ini pula ialah guru memulakan pengajaran dengan memberikan contoh terlebih dahulu, barulah penerangan. Contoh situasi ialah guru ingin mengajar murid mengenai warna. Guru memberikan contoh warna yang ada seperti merah, biru, hijau dan ungu. Selepas itu, guru menerangkan bahawa setiap warna ini mempunyai kepentingan dan kebaikan kepada kita untuk kita ketahui. 
contoh - penerangan

Kesimpulannya, ini adalah bentuk pengajaran yang boleh kita aplikasikan semasa proses pembelajaran berlaku bersama dengan kanak-kanak. Walaupun begitu, cara kita menyampaikan juga memainkan faktor yang penting di dalam pendidikan awal kanak-kanak. wallahualam..

"Pendidik Kanak-Kanak, Unggul Berkualiti"

No comments:

Post a Comment