Friday, December 17, 2010

Kerana dirinya yang soleha, ku menyukainya

"Kerana dirinya yang soleha, ku menyukainya".. sudah menjadi satu kewajipan bagi seorang lelaki jika meinginkan anak-anak yang baik mestilah memilih seorang ibu yang baik.. seperti di dalam hadis Rasullah S.W.A yang menyarankan di dalam mencari seorang isteri mestilah melihat 4 kreteria iaitu rupanya, keturunannya, hartanya dan agamanya, tetapi lebihkanlah dalam agamanya.. kenapa?.. kerana ia akan memberi kebahagian kepada kamu di dunia dan akhirat kelak.. percayalah.. sesungguhnya sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang soleha..  tetapi, bagaimana untuk mencari seorang isteri mahupun seorang ibu yang baik untuk anak-anak kita nanti?.. tepuk dada, tanyalah iman.. Di dalam Al-Quran telah mengatakan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya.. lelaki yang meinginkan seorang wanita yang baik dan soleha mesti mengukur dan menilai dirinya kembali.. adakah dia seorang yang baik lagi soleh?.. bagaimana pula amalannya, adakah sudah mantap untuk membimbing keluarga yang akan dibina?.. adakah ekonomi diri sendiri sudah boleh menjana keluarga?.. adakah dirinya boleh menjadi imam kepada keluarga?.. mari sama2 kita renungkan dan berfikir.. sesungguhnya ketakwaan kepada Allah dengan seikhlas-ikhlasnya keranaNya akan memudahkan segala cara dan perbuatan.. ^_^

No comments:

Post a Comment