Thursday, May 17, 2012

Bukan Senang Ingin Memimpin

Sering kali hati kecil ini mengatakan "give-up" di dalam memimpin, tetapi jiwa yang mempunyai keimanan ini lantas menolaknya dengan sedaya mungkin.. bukan mudah sebenarnya menjadi seorang pemimpin yang mempunyai anak buahnya ramai dari golongan Hawa.. kerana perlu tangani mereka dengan lemah lembut dan berhemah.. persoalannya, KENAPA AKU TIDAK MAMPU MENJADI PEMIMPIN MEREKA???.. sungguh berat rasanya diri ini untuk merungkap persoalan ini.. mungkin juga bilangan kaum Adam yang ada tidak ramai di dalam kursus ku ini, jadi ia sedikit sebanyak mengurangkan sokongan moral terhadap diriku.. bukan aku ingin menyalahkan bilangan kaum Hawa yang ramai tetapi mungkin diriku ini yang tak kuat untuk menerajui mereka.. walaupun begitu, aku nekad akan cuba melakukan apa yang terbaik dan termampu aku dapat lakukan.. mungkin ini sebuah hadiah dari Allah kepada ku dalam bentuk ujian yang baik bagiku.. kerana selalu ku berbisik pada diriku ada hikmah disebalik ujianNya.. kita hanya merancang, tetapi ketentuan dari Allah yang Maha Baik dari segalanya.. teruskan berjuang wahai diriku.. ^_^

No comments:

Post a Comment